Pusat Perubatan Intan adalah merupakan sebuat pusat perubatan yang membekalkan perkhidmatan menyeluruh 24 jam sehari kepada para pesakit terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak. Ianya merupakan sebuat pusat perkhidmatan perubatan yang ditubuhkan dengan berpandukan kepada hasrat masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang sempurna dan terkini berlandaskan garis panduan syariah.
Pusat ini telah memulakan operasi keseluruhan pada bulan Julai 1995. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh 7 orang pegawai perubatan wanita. Kakitangan pembatu pula terdiri daripada 41 orang yang bertugas di dalam berbagai bidang yang berkaitan. Ianya merangkumi kakitangan perbidanan, jururawat, farmasi, perakaunan dan pentabdiran, pembantu am serta pemandu ambulans.
Perkhidmatan Perubatan Yang Disediakan
-
Rawatan Pesakit Luar 24 jam
-
Bersalin 24 jam
-
Pemeriksaan Jaundice (Bilirubin)
-
Rawatan Ibu dan Anak
-
Pemeriksaan Ibu Mengandung
-
Ultrasound
-
CTG (Jantung Bayi)
-
ECG (Electro-cardiogram)
-
Masuk Air Intravena (IV Drip)
-
Pemeriksaan Perubatan Tanpa X-Ray
-
Rawatan Luka (Dressing)
-
Sedut Lelah (Nebuliser)
-
Sedut Kahak Bayi (Suction)
-
Ujian Darah / Screen Test
-
Imunisasi Bayi
-
Bertindik
-
Berkhatan Perempuan & Lelaki (Cuti Sekolah)
-
Suntikan Haji & Umrah
-
Kes Kecemasan
-
Perkhidmatan Ambulans