Pusat Perubatan Intan Sdn Bhd (PPISB) adalah rumah bersalin swasta yang terletak di Padang Paloh, Kuala Terengganu dan telah beroperasi sejak 1 April 1995 dan dibuka 24 jam setiap hari. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh 7 orang pegawai perubatan wanita.
PPISB terdiri daripada Klinik Perubatan Pesakit Luar, bilik wad, bilik bersalin dan pejabat pentadbiran di tingkat atas. Di PPISB kami menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit luar, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan bersalin, perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan sewa Ambulan 24 jam. Operasi di semua bahagian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai perubatan yang bertugas dengan dibantu oleh staf yang terlibat.
Objektif dan misi kami adalah untuk terus maju dan berkembang, usaha berterusan akan diambil dalam meningkatkan perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan dan kepentingan organisasi.
Harga perkhidmatan adalah berpatutan berdasarkan perkhidmatan yang diberi. PPISB sentiasa mengambil berat kesihatan pesakit kerana pesakit adalah individu penting yang perlu dijaga.
Etika kerja PPISB, sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan efisyen kepada semua pelanggan tanpa mengira ekonomi dan kedudukan sosial.